me, myself :)

My photo
I'm Nurulain Farhana. Well, this blog is basically about me and the life i've been going through. Pardon my grammatical error.

Wednesday, June 6, 2012

dulu.

assalamualaikum w.b.t
dear niahanara,
dulu aku paling minat buat karangan Bahasa Melayu
lagi-lagi karangan fiksyen dengan bahasa berbunga-bunga
paling hebat, paling teruja
paling teringin nak buat novel
paling suka buat puisi merepek meraban
tapi sekarang #mengeluh
teringin buat entry menggunakan Bahasa Melayu secara penuh
tapi otak jadi beku, tepu
dan ada sesetengah perkataan yang lupa Bahasa Melayunya
sekarang ini pun, sedang berusaha sehabis mungkin untuk tidak merojakkan bahasa
kenapa aku suka guna Bahasa Inggeris?
entah
sebab senang?
padahal grammar punyalah berterabur sana sini
sebab poyo?
tidak
mungkin sebab aku nak meningkatkan keupayaan Bahasa Inggeris aku
(perkataan improve pun kena translate dekat google translate)
mungkin sebab aku tak suka Bahasa Melayu rojak dengan ejaan yang tunggang langgang
sampai susah nak baca
aku mengaku Bahasa Inggerisku memang sangat menyakitkan mata manusia yang membaca
maaf
dulu dulu, ada yang mempersoalkan penggunaan Bahasa Inggeris aku
'sejak-sejak dah masuk universiti ni, sibuk sangat guna Bahasa Inggeris macam bagus sangat'
lagu nak dengar Bahasa Inggeris je, novel nak baca Bahasa Inggeris je
#mengeluh
salahkah?
Bahasa Inggeris sangat penting lagi-lagi dalam dunia sekarang 
bila guna Bahasa Inggeris bukan bermakna lupa Bahasa Melayu
tolonglah jangan berfikiran sempit, mundur
bila tengok orang lain menulis menggunakan Bahasa Melayu yang berbunga-bunga,
teringin pula
rasa teruja
mungkin kena asah kembali bakat dulu.

mana lagi malu, guna Bahasa Melayu yang memang bahasa harian dengan tunggang langgang
atau guna Bahasa Inggeris berterabur yang memang bukan bahasa kita?
love,
nurulainfarhana

No comments: