me, myself :)

My photo
I'm Nurulain Farhana. Well, this blog is basically about me and the life i've been going through. Pardon my grammatical error.

Tuesday, December 24, 2013

Kalau ada orang yang percaya kau, cinta lah dia.

Kalau ada orang yang nampak kau waktu kau takde, cinta lah dia.

Kalau ada orang yang sanggup teman kau waktu kau susah, cinta lah dia.

Kalau ada orang yang paham liku gerak hati kau

Buruk bangsat perangai kau
Jijik sial rahsia kau
Betapa kotor-nya pikiran kau

Apa yang kau buat bila kau sorang-sorang
Dan naluri mengada-ngada kau


Cinta lah dia.



-elhamrebel-

Monday, December 23, 2013

Hati aku betul-betul dah hancur.
Kau puas?
Kau gembira?
Kau yang dekat sana tu, kau dah menang.
Kau dah dapat apa yang kau nak.
Kau dah betul-betul hancurkan aku.

Kau, kalau kau betul-betul sayang aku,
kau akan fight untuk dapatkan aku balik.
Tapi aku tahu, kau tengah berbahagia.
Kau tak akan faham apa yang aku rasa.
Kau tak akan faham betapa sakit pedih peritnya hati aku.

Kau orang yang aku paling percaya.
Orang yang aku paling tak jangka akan buat aku macam ni.
Mungkin aku yang bodoh.
Bodoh sebab percaya kau.
Bodoh sebab sayang kau.
Sayang sangat.
Dari dulu.

Tengok sekarang apa kau buat dekat aku.
Tengok.
Tengok apa dah jadi dekat aku sekarang.
Aku dah hancur.

Terima kasih.
Terima kasih juga dekat kau, perempuan.
Sebab kau dah hancurkan hati kaum kau sendiri.
Tak sangka.

2 tahun and nothing.
Ya, 2 tahun.
2 tahun aku percaya kau.
Tapi dalam sekelip mata kau buat aku macam ni.
Terima kasih banyak.


Friday, November 8, 2013

Dulu.


Dulu aku pernah sayang someone.
Someone yang kononnya sangat baik.
Yang aku tak pernah sangka rupanya hm.
Aku dengan dia jauh.
Jauh sangat.
Satu hari tu, kantoi dia ada awek lain.
Awek yang dekat dengan dia.
Rupanya dorang dah lama.
Rupanya aku yang perampas walaupun aku tak pernah tahu.
Tapi sebenarnya aku ada instinct.
Aku macam boleh tahu kalau orang tipu aku.
Dari dulu lagi.
So aku cari perempuan tu.
Aku cerita.
Dia kata lelaki dia baik.
Dia kata dia percaya lelaki dia.
Dan lelaki tu kata, aku yang salah.
Aku yang paksa dia couple dengan aku.
Malam tu, perempuan tu call.
Dia kata lelaki tu nak call dia kejap lagi, nak terangkan everything.
 So dia suruh aku dengar through phone.
Aku dengar.
Mati-mati lelaki tu salahkan aku.
Mati-mati dia pujuk perempuan tu.
Aku?
Dia langsung tak peduli.
Aku sendiri tengok hati aku hancur.
Aku sendiri jugak yang kutip cantum balik.
Banyak kali dah benda macam ni jadi.
Banyak sangat.
Kalau kau boleh tengok hati aku ni, rasanya kau boleh nampak dia retak sana sini.
Bertampal, bergam.
So tell me how not to be insecure?
Tell me how to trust.

Thursday, November 7, 2013










And I know, I'll be okay
Though my skies are turning gray

Monolog #2

Kau tahu tak kenapa hati kau sakit sekarang?
Kenapa kau fikir macam-macam, bukan-bukan?
Kenapa kau rasa insecure pasal diri sendiri?
Kenapa kau susah nak percaya dekat orang?

Sebab kau biar kisah silam keluarga kau bagi effect dekat kau.
Sebab kau takut benda sama jadi dekat kau.
Sebab kau takut kau akan kehilangan.

Sebab kau lemah sangat.
Lemah.
Menyedihkan.

 Dah tak macam kau yang dulu.
Sebab kau yang dulu lagi kuat dari sekarang.
Kau yang dulu boleh tinggalkan, lupakan orang yang sakitkan kau.
Kau yang dulu boleh balas balik lagi teruk daripada
apa yang orang lain buat dekat kau #gelak sinis
Kau yang dulu pernah terfikir nak tamatkan riwayat diri sendiri
 tapi kau tak buat sebab kau kuat.
Kau yang dulu tak menggigil menangis macam ni.

Kau yang dulu boleh menangis berjam-jam, masuk bilik air, cuci muka dan okay semula.
Kau yang dulu adalah fighter.

Mana kau?


Mereka kata, masa 'kan mengubati.
Mereka kata, semuanya akan baik-baik sahaja.
Tapi, mereka hanya bijak berkata-kata.

Yang menanggungnya, aku.
Yang merasainya, aku.
Yang lukanya, aku.


-Mereka Kata, Aku Rasa, Tanpa Nama-
 
 
Berderai satu satu isi hati, jatuh ke tanah. 
Berkecai.

Terlapah satu satu emosi, menitis airmata kecewa.
Merintih.

Dan sejadah ini saksi.

Hari ini, seperti sebelumnya, aku mati, lagi.
 
-Lagi, Tanpa Nama-