me, myself :)

My photo
I'm Nurulain Farhana. Well, this blog is basically about me and the life i've been going through. Pardon my grammatical error.

Friday, November 8, 2013

Dulu.


Dulu aku pernah sayang someone.
Someone yang kononnya sangat baik.
Yang aku tak pernah sangka rupanya hm.
Aku dengan dia jauh.
Jauh sangat.
Satu hari tu, kantoi dia ada awek lain.
Awek yang dekat dengan dia.
Rupanya dorang dah lama.
Rupanya aku yang perampas walaupun aku tak pernah tahu.
Tapi sebenarnya aku ada instinct.
Aku macam boleh tahu kalau orang tipu aku.
Dari dulu lagi.
So aku cari perempuan tu.
Aku cerita.
Dia kata lelaki dia baik.
Dia kata dia percaya lelaki dia.
Dan lelaki tu kata, aku yang salah.
Aku yang paksa dia couple dengan aku.
Malam tu, perempuan tu call.
Dia kata lelaki tu nak call dia kejap lagi, nak terangkan everything.
 So dia suruh aku dengar through phone.
Aku dengar.
Mati-mati lelaki tu salahkan aku.
Mati-mati dia pujuk perempuan tu.
Aku?
Dia langsung tak peduli.
Aku sendiri tengok hati aku hancur.
Aku sendiri jugak yang kutip cantum balik.
Banyak kali dah benda macam ni jadi.
Banyak sangat.
Kalau kau boleh tengok hati aku ni, rasanya kau boleh nampak dia retak sana sini.
Bertampal, bergam.
So tell me how not to be insecure?
Tell me how to trust.

Thursday, November 7, 2013










And I know, I'll be okay
Though my skies are turning gray

Monolog #2

Kau tahu tak kenapa hati kau sakit sekarang?
Kenapa kau fikir macam-macam, bukan-bukan?
Kenapa kau rasa insecure pasal diri sendiri?
Kenapa kau susah nak percaya dekat orang?

Sebab kau biar kisah silam keluarga kau bagi effect dekat kau.
Sebab kau takut benda sama jadi dekat kau.
Sebab kau takut kau akan kehilangan.

Sebab kau lemah sangat.
Lemah.
Menyedihkan.

 Dah tak macam kau yang dulu.
Sebab kau yang dulu lagi kuat dari sekarang.
Kau yang dulu boleh tinggalkan, lupakan orang yang sakitkan kau.
Kau yang dulu boleh balas balik lagi teruk daripada
apa yang orang lain buat dekat kau #gelak sinis
Kau yang dulu pernah terfikir nak tamatkan riwayat diri sendiri
 tapi kau tak buat sebab kau kuat.
Kau yang dulu tak menggigil menangis macam ni.

Kau yang dulu boleh menangis berjam-jam, masuk bilik air, cuci muka dan okay semula.
Kau yang dulu adalah fighter.

Mana kau?


Mereka kata, masa 'kan mengubati.
Mereka kata, semuanya akan baik-baik sahaja.
Tapi, mereka hanya bijak berkata-kata.

Yang menanggungnya, aku.
Yang merasainya, aku.
Yang lukanya, aku.


-Mereka Kata, Aku Rasa, Tanpa Nama-
 
 
Berderai satu satu isi hati, jatuh ke tanah. 
Berkecai.

Terlapah satu satu emosi, menitis airmata kecewa.
Merintih.

Dan sejadah ini saksi.

Hari ini, seperti sebelumnya, aku mati, lagi.
 
-Lagi, Tanpa Nama-

Tuesday, November 5, 2013

'Tahu tak apa masalah kau?'

'Apa?'

'Kau selalu insecure pasal semua benda.'

Monolog dalaman dalam diri sendiri.


Kadang-kadang aku jealous tengok orang lain ada someone yang dorang boleh panggil sahabat. Aku memang ramai kawan, ramai. Tapi aku sendiri tak tahu yang mana aku boleh panggil sahabat. Yang mana betul-betul ada bila aku jatuh, bila aku sedih, bila aku gembira. Yang aku boleh share semua benda. Yang tak akan pernah jemu layan aku. Yang betul-betul anggap aku sahabat.

Kadang-kadang aku takut kalau-kalau aku syok sendiri anggap dorang sahabat aku padahal dorang tak rasa benda yang sama. Aku takut.

Aku jealous tengok orang lain ada sahabat yang sama-sama bimbing sesama sendiri untuk berubah. Yang selalu ada bila-bila masa. Mungkin aku ada sahabat macam tu. Mungkin aku yang tak nampak. Mungkin.
Semester 5.
What can I say?
Major disaster.
But not the whole part of it #sigh

Aku tersungkur, jatuh teruk, parah.
Paling kuat dugaan.
Paling lemah nak hadapi.
Menangis, meratap.

Semester 5, aku paling jatuh.
Final exam yang paling teruk dalam sejarah hidup.
Mungkin Allah nak duga.
3 subjects paling mengecewakan.
Tak boleh nak jawab.
Tak pernah-pernah aku keluar awal masa final.

Menangis sepanjang jalan.

Kecewa dengan diri sendiri.
Kecewa, sangat.


Result?
Allah je yang tahu betapa remuk hati aku bila tengok result macam tu.
Aku ada sem depan je untuk tebus balik.
Insyaallah.